Saturday, 4 May 2013

Teori Membaca



Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang membaca, manusia tidak dikaitkan dengan kemahiran membaca.  Kemahiran membaca telah dikuasai oleh manusia kira-kira lima abad lalu.  Namun demikian, manusia pada ketika itu masih belum didedahkan tentang proses membaca dengan mendalam sehinggalah tiga suku abad yang lalu.  Terdapat banyak teori yang telah ditemui pada sekitar abad ke-20, khususnya dalam bidang pendidikan yang berkaitan dengan membaca dan proses menguasai maklumat.  Teori sains kognitif merupakan antara teori yang ditemui. Teori tersebut mengkaji minda manusia yang berkaitan dengan kecerdikan sifat semula jadi fikiran manusia. Kajian ini meliputi bidang-bidang kecerdasan buatan, linguistik, antropologi, psikologi, neurosains, falsafah dan pendidikan.

Proses membaca
 
Seterusnya, setelah pembaca berjaya memecahkan kod atau mendekod permukaan yang bertulis, pembaca akan cuba menghubungkan pengalaman latarnya dengan perkara yang dibacanya.  Oleh yang demikian, semakin banyak pengalaman latar yang dimiliki oleh pembaca, semakin luas makna yang diperolehnya daripada bahan yang dibaca.  Hal ini kerana, pembaca akan lebih memahami teks sekiranya kandungan teks tersebut mempunyai banyak persamaan dengan hidupnya.  

Proses Transisi
*   proses antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca menurut Rosenblatt (1978). 
*   Penulis menulis menyampaikan maklumat secara terselindung iaitu bermaksud pembaca perlu menetapkan makna bagi bahan yang dibacanya. 
*   Pembaca yang aktif pula adalah pembaca yang mampu memberikan respons kepada bahan yang ditulis oleh penulis.
*   Rosenblatt telah memperkenalkan konsep eferen dan estetik yang merupakan konsep penting dalam menentukan fungsi membaca .
*   Terdapat beberapa model digunakan bagi pengajaran di sekolah menengah. 
*   bagi melihat keberkesanan pengajaran membaca dalam kalangan murid sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak. 

Model Top-Down
Model Bottom-Up
*   Proses pengajaran bermula dengan teks guru membahagi-bahagikan teks kepada setiap murid
*   Murid seterusnya akan membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantang
*   Guru akan  meminta murid mengenalpasti istilah-isilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh murid
*   Murid mencari makna bagi perkataan dan frasa sama ada berhubung kait dengan petikan atau dalam kamus
*   Guru kemudiannya mengarahkan murid untuk mencari isi-isi penting yang terdapat dalam petikan
*   Pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan
*   Maksud keseluruhan petikan juga dihuraikan  
*   Guru akan cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.

*   Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini
*   Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincangan
*   Guru juga membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas
*   Guru kemudiannya membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan dengan topik perbincangan secara lebih terperinci
*   Setelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan, barulah guru membahagikan teks untuk dibaca oleh setiap murid
*   Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.


 Sekian ,



No comments:

Post a Comment