Apakah yang dimaksudkan dengan keterampilan membaca?
DEFINISI MEMBACA
Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan 'membaca' membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Menurut Klein dalam Farida Rahim( 2005:3 ), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Menurut Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Secara umumnya, membaca merupakan kegiatan harian kita untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang kita baca. Sebagai contohnya, surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. Proses membaca dapat didefinisikan sebagai satu proses pemahaman pembaca terhadap kandungan bahan-bahan bacaan yang dibaca. Pembaca akan cuba memahami segala informasi yang terkandung dalam bahan bacaan mereka.
Bagi memahami konsep membaca dengan lebih jelas, kita harus meninjau dua perspektif dahulu. Yang pertama ialah membaca sebagai proses membentuk makna dan yang kedua ialah membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan.

A) Membaca Sebagai Proses Membentuk
Makna
Menurut Anderson dan Pearson (1984),
membaca merupakan satu interaksi antara pembaca dengan bahan-bahan bacaan yang
mereka baca. Interaksi ini merupakan sejenis proses pembentukan dan pemberian
makna antara bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman latar pembaca-pembaca
tersebut. Dalam konteks ini, aktiviti membaca dan proses pembentukan makna
adalah saling bergantungan antara satu sama yang lain. Hal ini kerana proses
tersebut tidak dikenali sebagai proses membaca jika kita tidak memahami makna
pembacaan dahulu.
Pemahaman makna terhadap kandungan
pembacaan dalam proses membaca pula dapat dihasilkan daripada pengetahuan latar
yang ada pada seseorang pembaca. Pengetahuan latar merujuk kepada maklumat yang
terkandung dalam minda seseorang. Pengetahuan latar ini pula dapat digerakkan
oleh perkataan, ayat, dan paragraf penulis dalam bahan yang dibacanya. Kita
dapat memahami sesuatu dengan lebih jelas jika kita mempunyai konsep terhadap
sesuatu objek tersebut. Sebagai contohnya, kita dapat menggambarkan sesebuah
kapal terbang sebagai salah satu kenderaan yang dapat menampung beratus-ratus
penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa sebarang masalah.
Namun begitu, konsep kenderaan ini
menjadi susah apabila menjelaskan kepada segolongan pelajar yang tidak pernah
melihat kapal terbang, Hal ini kerana mereka tidak dapat menggambarkan benda
tersebut tanpa sebarang pengetahuan latar.
B) Membaca Sebagai Proses Memilih dan
Mengambil Tindakan
Perspektif yang kedua perlu kita kaji
dalam proses membaca ialah membaca sebagai proses memilih dan mengambil
tindakan. Menurut Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson (1985), proses membaca
dapat merujuk kepada satu proses memilih dan mengambil tindakan apabila penyesuaian
seseorang pembaca terhadap proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang
dibacanya. Proses ini juga dapat dikenali sebagai proses strategi. Pembaca akan
mengawal pemikirannya apabila membaca dalam mengatur strategi. Hal ini kerana
pengawalan fikiran ini bukan sahaja akan menambahkan maklumat daripada bahan
bacaan malah juga dapat menambah lagi pengetahuan latar dalam pemikiran
pembaca.
Setiap proses membaca yang dijalankan
mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Dengan itu, pembaca yang mempunyai
strategi akan menyesuaikan dirinya dengan apa yang tengah dibaca. Sebagai
contohnya, membaca surat khabar adalah berbeza dengan membaca sebuah novel.
Pembacaan surat khabar adalah bertujuan untuk mengetahui segala perkembangan
yang berlaku di persekitaran kita manakala pembacaan novel adalah bertujuan
untuk menghiburkan hati dan melapangkan fikiran. Kedua-dua jenis pembacaan
tersebut memerlukan strategi yang berbeza ketika menjalankan proses membaca.
Sebahagian proses penyesuaian adalah
untuk memahami struktur teks. Terdapat dua jenis struktur teks iaitu teks
naratif dan teks ekspositori. Teks naratif merujuk kepada teks yang mengandungi
cerita manakala teks ekspositori
pula merujuk kepada sejenis maklumat atau arahan yang terdapat dalam buku teks.
Penggunaan strategi yang berbeza akan digunakan bagi meneliti teks yang dibaca
apabila pembaca sedar akan struktur teks bahan bacaan yang berbeza. Proses ini dikenali sebagai proses metakognitif.

Boleh tak memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang struktur teks? terima kasih
ReplyDeletebahan rujukan ? hehe
ReplyDelete