Sunday, 5 May 2013

Pemilihan Bahan Bacaan


Pemilihan Bahan Bacaan


Secara umunya,bahan bacaan merangkumi buku,akhbar,majalah dan lain-lain lagi.Oleh itu,guru-guru sering menghadapi masalah dalam memilih bahan bacaan untuk pelajar.Kesesuaian sesuatu bahan bacaan itu akan mempengaruhi kejayaan bahan bacaan di sesuatu tempat.Pemilihan bahan bacaan amat penting dan haruslah disesuaikan mengikut peringkat umur seseorang pembaca tersebut.Ini kerana setiap buku mempunyai kosa kata bahan bacaan yang berbeza.Contohnya,bagi kanak-kanak yang baru bermula belajar ibu bapa mereka akan membeli buku yang bermula dengan perkataan ABC.

Setiap pelajar perlu mempunyai arah dan hala tuju dalam memilih sesuatu bahan bacaan.Mereka boleh mendapatkan garis panduan daripada guru-guru di sekolah mereka mahupun ibu bapa mereka.Walau bagaimanapun,faktor-faktor untuk memilih bahan bacaan seseorang pelajar itu akan berubah mengikut keperluan pembelajaran.

Terdapat 2 jenis bahan bacaan yang dapat dipilih oleh pelajar iaitu bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen.Contoh-contoh bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen:

Bahan bacaan fiksyen
  • Cerpen
  • Cerita Dongeng
  • Novel
Bahan bacaan bukan fiksyen
  • Sejarah 
  • Geografi
  • Sains
  • Bahasa 
  • Pengetahuan Am
  • Buku-buku falsafah
Mengikut garis panduan pemilihan bahan bacaan tambahan bagi kegunaan sekolah,terdapat beberapa kriteria yang perlu diikuti:
i.  Bahasa
Bahan bacaan tambahan yang dipilih haruslah bersesuaian dari segi laras dan aras bahasa mengikut keperluan dan tahap murid.
Perkara-perkara berikut haruslah dielakkan:
  • Penggunaan istilah yang boleh menimbulkan isu sensitif
  • Penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
ii.  Kandungan
Kandungan bahan bacaan tambahan yang dipilih hendaklah yang boleh diajar kepada murid dan dapat menyokong matlamat pengajaran dan pembelajaran.Maklumat atau fakta yang dipersembahkan hendaklah betul dan tepat.

iii.  Ilustrasi
Ilustrasi yang digunakan hendaklah dapat menyokong dan menerangkan teks bagi membantu meningkatkan kefahaman murid.Ilustrasi mestilah bersesuaian dengan aras dan keperluan murid mengikut budaya masyarakat Malaysia.




No comments:

Post a Comment