Saturday, 11 May 2013

Belajar Membaca




BELAJAR MEMBACA

A) KAEDAH PANDANG DAN SEBUT 
~ dikenali sebagai kaedah pandang dan sebut kerana
     - tugas utama ialah memandang dan menyebut
~ juga dikenali sebagai kaedah seluruh kata
~ perkataan didedahkan sebelum menghafal abjad dan suku kata
~ kad-kad bergambar disertakan dengan perkataan
~ perkara yang dipandang - objek pada kad-kad berganbar
~ perkara yang disebut      - perkataan pada objek tersebut
~ Dua perkara diutamakan
   - Membunyikan perkataan berdasarkan pengalaman melalui gambar
   - Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita

Kelebihan kaedah pandang dan sebut 
a) sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu
    cara keseluruhan dan bukan bahagian- bahagiannya
b) dapat menarik minat kanak-kanak kerana penggunaan kad-kad bergambar
c) kanak-kanak memahami apa yang dibaca oleh mereka
d) penyebutan bunyi yang betul dapat dilatih sejak kecil lagi

Kelemahan kaedah pandang dan sebut 
a) perbendaharaan kata kanak-kanak terbatas
b) kanak-kanak tidak mengenali huruf secara formal kerana lambat mengenal bunyi dan suku kata
c) kaedah ini hanya sesuai bagi kanak-kanak yang pandai
d) kanak-kanak tidak pandai mengeja

B) KAEDAH ABJAD 
~ dikenali sebagai kaedah huruf
~ kaedah yang tertua dijalankan oleh kerajaan Greek dan Rom
~ memberi penekanan terhadap penghafalan abjad, pembentukan suku kata, dan aktiviti mengeja
~ bertujuan untuk memudahkan proses pembentukan dan pengejaan kanak-kanak pada masa akan
   datang

Kelebihan kaedah abjad 
a) sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada
    suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya
b) membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu
c) kaedah ini mudah dikendalikan
d) tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid

Kelemahan kaedah abjad 
a) kanak-kanak tidak memahami apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan pengejaan
b) bacaan kurang lancar
c) kaedah ini dikatakan bertentangan dengan kehendak pendidikan dan psikologi kerana
    pengajaran ini tidak secara keseluruhan
d) boleh membosankan murid-murid yang kurang pandai terutama apabila mereka
    diberi latih tubi yang berlebihan

C) KAEDAH FONIK 
 ~ satu kaedah membaca yang lain yang dapat digunakan oleh guru di dalam kelas
~ menekankan penguasaan murid-murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi
~ murid-murid diajar bunyi-bunyi huruf dan lambang huruf serta mengaitkan dengan
   bunyi huruf tersebut

Cara pelaksanaannya:
• Murid menghafaz bunyi huruf – murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya;
     a dibunyikan aa
     z dibunyikan zi
• Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya:
    ' ba’ tanpa bunyikan “be” dan “aa”.
 • Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan
    bu + ta = buta
    bu + ka = buka
• Pembacaan ayat – ayat mudah:
    Ibu beli buku
    Ibu buka buku
    Ibu baca buku

Kelebihan kaedah fonik 
a) Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
b) Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
c) Murid dapat mengurangkan beban memori.
d) Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

Kelemahan kaedah fonik 
a) kaedah ini memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada mulanya
b) masa agak panjang bagi mereka untuk mengenal semua bunyi huruf dan suku kata
    sebelum aktiviti  membaca
c) Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan
    mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.

Sunday, 5 May 2013

Pemilihan Bahan Bacaan


Pemilihan Bahan Bacaan


Secara umunya,bahan bacaan merangkumi buku,akhbar,majalah dan lain-lain lagi.Oleh itu,guru-guru sering menghadapi masalah dalam memilih bahan bacaan untuk pelajar.Kesesuaian sesuatu bahan bacaan itu akan mempengaruhi kejayaan bahan bacaan di sesuatu tempat.Pemilihan bahan bacaan amat penting dan haruslah disesuaikan mengikut peringkat umur seseorang pembaca tersebut.Ini kerana setiap buku mempunyai kosa kata bahan bacaan yang berbeza.Contohnya,bagi kanak-kanak yang baru bermula belajar ibu bapa mereka akan membeli buku yang bermula dengan perkataan ABC.

Setiap pelajar perlu mempunyai arah dan hala tuju dalam memilih sesuatu bahan bacaan.Mereka boleh mendapatkan garis panduan daripada guru-guru di sekolah mereka mahupun ibu bapa mereka.Walau bagaimanapun,faktor-faktor untuk memilih bahan bacaan seseorang pelajar itu akan berubah mengikut keperluan pembelajaran.

Terdapat 2 jenis bahan bacaan yang dapat dipilih oleh pelajar iaitu bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen.Contoh-contoh bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen:

Bahan bacaan fiksyen
  • Cerpen
  • Cerita Dongeng
  • Novel
Bahan bacaan bukan fiksyen
  • Sejarah 
  • Geografi
  • Sains
  • Bahasa 
  • Pengetahuan Am
  • Buku-buku falsafah
Mengikut garis panduan pemilihan bahan bacaan tambahan bagi kegunaan sekolah,terdapat beberapa kriteria yang perlu diikuti:
i.  Bahasa
Bahan bacaan tambahan yang dipilih haruslah bersesuaian dari segi laras dan aras bahasa mengikut keperluan dan tahap murid.
Perkara-perkara berikut haruslah dielakkan:
  • Penggunaan istilah yang boleh menimbulkan isu sensitif
  • Penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
ii.  Kandungan
Kandungan bahan bacaan tambahan yang dipilih hendaklah yang boleh diajar kepada murid dan dapat menyokong matlamat pengajaran dan pembelajaran.Maklumat atau fakta yang dipersembahkan hendaklah betul dan tepat.

iii.  Ilustrasi
Ilustrasi yang digunakan hendaklah dapat menyokong dan menerangkan teks bagi membantu meningkatkan kefahaman murid.Ilustrasi mestilah bersesuaian dengan aras dan keperluan murid mengikut budaya masyarakat Malaysia.




Saturday, 4 May 2013

Teori Membaca



Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang membaca, manusia tidak dikaitkan dengan kemahiran membaca.  Kemahiran membaca telah dikuasai oleh manusia kira-kira lima abad lalu.  Namun demikian, manusia pada ketika itu masih belum didedahkan tentang proses membaca dengan mendalam sehinggalah tiga suku abad yang lalu.  Terdapat banyak teori yang telah ditemui pada sekitar abad ke-20, khususnya dalam bidang pendidikan yang berkaitan dengan membaca dan proses menguasai maklumat.  Teori sains kognitif merupakan antara teori yang ditemui. Teori tersebut mengkaji minda manusia yang berkaitan dengan kecerdikan sifat semula jadi fikiran manusia. Kajian ini meliputi bidang-bidang kecerdasan buatan, linguistik, antropologi, psikologi, neurosains, falsafah dan pendidikan.

Proses membaca
 
Seterusnya, setelah pembaca berjaya memecahkan kod atau mendekod permukaan yang bertulis, pembaca akan cuba menghubungkan pengalaman latarnya dengan perkara yang dibacanya.  Oleh yang demikian, semakin banyak pengalaman latar yang dimiliki oleh pembaca, semakin luas makna yang diperolehnya daripada bahan yang dibaca.  Hal ini kerana, pembaca akan lebih memahami teks sekiranya kandungan teks tersebut mempunyai banyak persamaan dengan hidupnya.  

Proses Transisi
*   proses antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca menurut Rosenblatt (1978). 
*   Penulis menulis menyampaikan maklumat secara terselindung iaitu bermaksud pembaca perlu menetapkan makna bagi bahan yang dibacanya. 
*   Pembaca yang aktif pula adalah pembaca yang mampu memberikan respons kepada bahan yang ditulis oleh penulis.
*   Rosenblatt telah memperkenalkan konsep eferen dan estetik yang merupakan konsep penting dalam menentukan fungsi membaca .
*   Terdapat beberapa model digunakan bagi pengajaran di sekolah menengah. 
*   bagi melihat keberkesanan pengajaran membaca dalam kalangan murid sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak. 

Model Top-Down
Model Bottom-Up
*   Proses pengajaran bermula dengan teks guru membahagi-bahagikan teks kepada setiap murid
*   Murid seterusnya akan membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantang
*   Guru akan  meminta murid mengenalpasti istilah-isilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh murid
*   Murid mencari makna bagi perkataan dan frasa sama ada berhubung kait dengan petikan atau dalam kamus
*   Guru kemudiannya mengarahkan murid untuk mencari isi-isi penting yang terdapat dalam petikan
*   Pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan
*   Maksud keseluruhan petikan juga dihuraikan  
*   Guru akan cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.

*   Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini
*   Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincangan
*   Guru juga membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas
*   Guru kemudiannya membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan dengan topik perbincangan secara lebih terperinci
*   Setelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan, barulah guru membahagikan teks untuk dibaca oleh setiap murid
*   Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.


 Sekian ,